Saturday, March 31, 2007

Hadith Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah ( Abdul Rahman bin Sakhr r.a ) katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda ; Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nadi-nabi mereka. ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

Surah al-Baqarah, ayat ; 119

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya kami telah mengutuskan engkau ( wahai Muhammad ) dengan kebenaran, ( serta menjadi ) pembawa khabar gembira ( kepada orang-orang yang beriman ) dan pembawa amaran ( kepada orang-orang yang ingkar ) dan ( setelah engkau sampaikan semuanya itu ), engkau tidak akan diminta ( bertanggungjawab ) tentang ahli neraka.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1428H


RASULULLAH MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM

MEMBEBASKAN MANUSIA DARI KEGELAPAN DAN KEJAHILAN

Friday, March 30, 2007

Kuliyyah Muslimah

Tarikh ; Setiap Ahad
Masa ; 10pagi sehingga 12tgh

Penceramah ; Tajuk ;
1. Ustazah Rokiah - Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
2. Ustazah Maznah - Tafsir Ibnu Kathir
3. Ustazah Fatimah - Tanbihul Ghafilin
4. Ustazah Maisarah - Fiqh As-Ashafii

Kulliyah Bahasa Arab

Tarikh ; Setiap Selasa dan Rabu
Masa ; 5.30ptg sehingga 6.30ptg
Pensyarah ; Tuan Guru Ustaz Hj. Shamsuddin b. Hj. Sidek Al-Banjari

Kulliyah Suboh

Setiap Sabtu : Ust Dr. Muhammad Rahimi b. Osman

Setiap Ahad : Ustaz Shopuan b. Ahmad

Terjemahan Al-Quran

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalanya; dan Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu ), lagi Maha Pengampun, ( bagi orang-orang yang bertaubat )"
( Surah Al-Mulk ; 2 )

PROGRAM KURSUS HAJI BERSIRI 1428H/2007M ( 16 SIRI )

TEMPAT : SURAU AL-ISLAH SEK 7 SHAH ALAM
TARIKH : BERMULA 10HB MAR 2007 SEHINGGA 23HB MAR 2007
MASA : SETIAP SABTU 2.15PTG HINGGA 4.30PTG
PENCERAMAH : TUAN GURU USTAZ HJ. SHAMSUDIN HJ. SIDEK AL-BANJARI
YURAN PENYERTAAN : RM50 SEORANG

AL-ISLAH CHARITY GOLF 2007

TARIKH : 1HB APRIL 2007 ( AHAD )
MASA : BERMULA 8.30AM
TEMPAT : PERANSANG TEMPLER GOLF & COUNTRY CLUB
TUJUAN : PEMBIAYAAN MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ISLAH
SURAU AL-ISLAH SEK 7 SHAH ALAM

Program Meraikan Saudara Baru



Tarikh Aktiviti : 29hb Mar 2007
Masa : Lepas Solat Maghrib

Selamat Datang

Assalamualaikum wbtuh,

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana pada hari Jumaat yang penuh berkat ini lahirlah blog surau Al-Islah Sek 7 Shah Alam Selangor pada 30hb Mar 2007 bersamaan 11 Rab'ul Awwal 1428 Hijiriah.

Semoga blog ini menjadi salah satu wadah kepada ahli-ahli kariah untuk mengikuti perkembangan & aktitviti- surau serta mendapat ilmu daripadanya.

Sekian Wassalam