Saturday, March 31, 2007

Hadith Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah ( Abdul Rahman bin Sakhr r.a ) katanya ; Aku dengar Rasulullah SAW bersabda ; Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya barang yang kamu kuasa. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nadi-nabi mereka. ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim )

Surah al-Baqarah, ayat ; 119

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
Sesungguhnya kami telah mengutuskan engkau ( wahai Muhammad ) dengan kebenaran, ( serta menjadi ) pembawa khabar gembira ( kepada orang-orang yang beriman ) dan pembawa amaran ( kepada orang-orang yang ingkar ) dan ( setelah engkau sampaikan semuanya itu ), engkau tidak akan diminta ( bertanggungjawab ) tentang ahli neraka.

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1428H


RASULULLAH MEMBAWA RAHMAT KE SELURUH ALAM

MEMBEBASKAN MANUSIA DARI KEGELAPAN DAN KEJAHILAN

Friday, March 30, 2007

Kuliyyah Muslimah

Tarikh ; Setiap Ahad
Masa ; 10pagi sehingga 12tgh

Penceramah ; Tajuk ;
1. Ustazah Rokiah - Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah
2. Ustazah Maznah - Tafsir Ibnu Kathir
3. Ustazah Fatimah - Tanbihul Ghafilin
4. Ustazah Maisarah - Fiqh As-Ashafii

Kulliyah Bahasa Arab

Tarikh ; Setiap Selasa dan Rabu
Masa ; 5.30ptg sehingga 6.30ptg
Pensyarah ; Tuan Guru Ustaz Hj. Shamsuddin b. Hj. Sidek Al-Banjari

Kulliyah Suboh

Setiap Sabtu : Ust Dr. Muhammad Rahimi b. Osman

Setiap Ahad : Ustaz Shopuan b. Ahmad

Terjemahan Al-Quran

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup( kamu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalanya; dan Dia Maha Kuasa ( membalas amal kamu ), lagi Maha Pengampun, ( bagi orang-orang yang bertaubat )"
( Surah Al-Mulk ; 2 )